Wednesday, September 9, 2009

kerinduan

skang da masuk 10akhir ramadhan,
dalam sepuluh akhir ramadhan ni, kita akan dilepaskan dari azab api neraka selepas pengampunan pada 10pertengahan ramadhan dan rahmat di 10awal ramadhan,
act,
aq sangat rindu suasana berpuasa di kampung halaman,
kalau kt rumah, konpem aq xkan tinggal terawih walau satu malam(berlagak) coz rumah dekat dengan masjid jerk, kalau kt cni, suasana sangat lain, walaupun surau ade berdekatan, rasa malas menyelubungi diri untuk pergi ditambah dengan lambakan kerja dan assigment yg perlu dibuat,
aq tahu rasa malas ini berpunca dari suasana yg sama sekali tidak sama disini dan di kampung aq,
terutama pada 10akhir ramadhan ni, suasana kampung aq makin meriah dengan kepulangan saudara dari luar, bunyi2 mercun budak2 kampung main, dan yang paling penting, suasana pada waktu dingin pagi dimana dikalangan orang2 kampung akan datang kemasjid untuk berqiamullail, di masjid kg aq, kami melakukan ibadah qiamullail setiap malam bermula dari malam 10ramadhan hingga malam sebelum malam raya, aq sangat rindukan suasana2 macam ni kt kampung aq, terasa macam nak balik terus je, xnk masuk kelas lg, dapat time 10akhir ramadhan ni pun jadi la, huhu,

anyway, aq balik kelantan 18hb kul 9.00 malam, sampai pagi sabtu, ahad da dijangka raya da, skejapnye dok umah time puasa, xbez, huhu, tiket ni da dibeli sebulan sblum raya, terpaksa cari awl sebab tiket bas untuk pantai timur biasanya akan habis awal, ditambah dengan pengalaman raya tahun lepas yg xdapat tiket bas balik untuk beraya, 2pun bernasib baik sebab ada mmber aq yg dapat ditumpang, kalau x, beraya kt kl la time 2, huhu,

lagi satu yang aq paling rindu kt kampung halaman aq time bulan2 puasa ni, adalah "COLEK", dalam bahasa kl dipanggil rojak, colek ni sejenis makanan campuran dari isi ayam, udang, ikan, kerang, n byk lagi la, pastu dicampur dengan sos buatan sendiri, pergh, sebut je da meleleh, huhu,

pape pun, aq harap amalan aq dibulan puasa ni cukup, n puasa aq diterima ALLAH, insyaallah,
:)